Wednesday 27 February 2013

Penghargaan

Dengan lafaz Bismillahir Rahman nir Rahim, saya menulis...

Sebaik sahaja saya tamat mengikuti kursuspenulisan.com dibawah tunjuk ajar mentor Tuan Zamri Mohamad, maka lahirlah artikel Amalan Mitoni. Saya mengambil masa kira-kira tiga hari bagi menyiapkannya sebelum dihantar ke editor Majalah Dewan Budaya.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Zamri Mohamad kerana dengan bimbingan dan tunjuk ajar beliau sewaktu di kursuspenulisan.com, menjadikan saya berani untuk mengambil langkah bagi menulis artikel yang pertama ini. Saya mendoakan agar segala tunjuk ajar tuan mendapat redha Allah SWT dan dapat memberi manfaat kepada seluruh umat manusia.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan di tim-penulis-bebas@googlegroups.com kerana memberi komen yang membina tentang artikel ini. Rakan-rakan di group ini juga yang telah mengesyorkan kepada saya supaya artikel ini dihantar ke meja editor Majalah Dewan Budaya. Budi baik tuan-tuan semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Saya mendoakan agar tuan-tuan dirahmati oleh Allah Yang Maha Esa.

Kepada bekas editor Majalah Dewan Budaya iaitu Puan Aninah Janang, terima kasih kerana telah memberi sedikit ruang bagi menyiarkan artikel-artikel saya. Semoga Allah merahmati puan sekeluarga.

Buat suami yang kuhormati, bonda tercinta dan anak-anak tersayang, terima kasih kerana memberi sokongan dan galakkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Wok, Wak Udin, Wak Ani dan semua yang terlibat ketika saya melakukan research bagi menulis semua artikel. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua. Semoga rahmat Allah sentiasa menyinari kehidupan anda semua.

Saya mengharap segala artikel-artikel yang ditulis mendapat keredhaan dari Allah SWT. Semoga tulisan ini dapat memberi manfaat kepada semua umat manusia. Yang baik itu sudah tentu dari yang Maha Kuasa. Salah dan silap adalah kerana kebodohan saya sendiri. Saya memohon maaf di atas kekhilafan saya.

Terima kasih semua!


2 comments:

  1. Assalamualaikum Azlin. Terima kasih wujudkan blog ini.Semoga puan terus menulis artikel yang menarik. Sudi-sudilah singgah di blog saya pula di: http://pita-wecare.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi singgah. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan untuk saya menulis.

      Delete